Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Saturday, October 29, 2016

cara nak manage hectic lifestyle

assalamualaikum..

lama sangat saya tak post entri dalam blog saya ini..
last entri saya pada tahun 2011.. Now dah 2016.. aduhai,.. memang lama betul tuuu..

Selama 5 tahun.. alhamdulillah, keluarga saya semakin bertambah..


Dari tiga dan jadi empat kesemua anak saya..  Dan semua membesar alhamdulillah dengan sihat dan sangat lincah dan ligat.. nakal tu semestinya.. budakkan.. maknya pun dah macam tarzan dah.. hahaha..

ramai yang tanya tak nak tambah lagi ke? soalan cepu emas ni.. tapi terpaksa lah saya cakap tak de quota nak tambah lagi. Tapi sebenarnya dah serik disebabkan kali terakhir saya mengandung banyak komplikasi yang saya hadapi..

Suspect diabetes masa mengandung anak no 4 memang amat berat untuk saya terima di samping stress kerja yang saya hadapi pada waktu itu.. (Zaman-zaman PBS.. zaman gelap guru-guru kat Malaysia ni). Bukan zaman gelap sebab pentaksiran tu tapi zaman gelap nak hadapi online punya kerja yang 1st time nak aplikasi kat malaysia. Dengan line yang serba lembap dan loading setahun tak habis-habis.. mmg stress tahap gaban.

Disebabkan diabetes yang saya hadapi serta stress yang teramat tinggi itu, kandungan saya yang sepatutnya dilahirkan pada 6/1/2013 telah keluar sebulan awal pada 30/11/2012.. Alhamdulillah tiada komplikasi semasa melahirkan dan baby pun tiada masalah..

inilah si comel yang saya lahirkan itu, anak ke 4 saya

Nak handle 4 orang anak, dengan kerja dan hal rumah memang amat berat bagi saya sebenarnya. Saya yakin ibu-ibu lain yang bekerja pun merasai perkara yang sama. FYI, saya tidak mempunyai bibik untuk bantu saya handle hal rumah cuma ada seorang suami yang rajin dan tabah melayan kerenah saya dalam menguruskan rumahtangga. Nasib baik suami saya banyak membantu, memang saya bersyukur sangat.So apa yang saya buat bagi membolehkan saya sentiasa bertenaga?? haaaa.. mestilah ada rahsia kan??

paling penting sekali untuk bertenaga adalah supplement. Saya memang amalkan pelbagai supplement tak kira yang tradisional mahupun yang moden. Namun saya kekalkan satu yang paling penting dalam memberi saya tenaga.


Yup, sudah semestinya green tea.. dan green tea tanpa gula tambahan yang terbaik adalah shaklee cinch energy tea mix. Green tea shaklee ini memang lain daripada yang lain, rasa dia memang pure green tea no additional sugar hokay. Lepas makan confirm bertenaga. Selain bagi tenaga pada kita ibu-ibu untuk handle kerja-kerja rumah dan kerja pejabat, ia juga membantu dalam pengurusan berat badan. Kalau GEMUK macam saya dulu, bila minum green tea ni confirm berat badan akan KURUS!! percaya tak?? Tak caya tak pe, tapi saya dah guna dan memang ianya banyak membantu saya.

Nak tengok testimoni saya?? okay saya selit gambar testimoni saya..


Tipulah kalau saya cakap minum green tea ni je boleh buat saya turun sampai 7kg kan? of course lah senaman yang konsisten dan pemakanan sihat juga saya amalkan.

Nak sedap lagi minum cinch tea mix tu boleh lah letak lemon dengan madu macam dalam gambar saya tu.. memang sedap, nanti lama-lama rasa seronok nak minum cinch tea mix tu setiap pagi masa sarapan.

okay saya bagi satu lagi resepi yang best dan boleh jadikan cinch tea mix lebih kick lagi untuk anda amalkan..



ha, dah dapat resepi kan, boleh amalkan bersama. Kalau nak tanya lagi lebih lanjut tentang supplement yang saya ambil, atau cara pemakanan saya atau senaman yang saya lakukan untuk kekal bertenaga dan bonusnya KURUS boleh lah contact saya ye..

Kita jumpa lagi dalam entri saya yang seterusnya..


0 comments:

Post a Comment