Selamat petang.. Semoga anda semua seronok menjamu selera minum petang sambil membaca entri saya kali ini.
Ini anak saya yang ke 4. Namanya Muhammad Umar al-Farouq. Baru berumur 4 tahun.
Saya nak cerita sikit pasal si kecil ini. Lahir awal sebulan dari tarikh yang sepatutnya dan tiada komplikasi semasa melahirkannya. Di awal 1-2 tahun umur anak saya umar ini, tiada masalah kesihatan yang dihadapinya sehinggalah umar masuk ke umur 3 tahun di mana dia menunjukkan tanda-tanda semput yang agak teruk. Bila batuk sahaja, confirm dia akan semput. Mula-mula saya cuba kaedah nab untuk cairkan kahak dan mudahkan pernafasannya. Namun semakin meningkat usia, semakin kerap dia kena semput sampai ke satu tahap Umar batuk tanpa henti sehingga muntah dan mengeluarkan lendir. Saya dan suami panik sebab hampir seminggu keadaan dia macam tu sehingga berat badannya menurun dan dia menjadi semakin kurus.
So apa ikhtiar kami? Kami bawa jumpa doktor pakar yang memang arif tentang kanak-kanak iaitu Doktor Catherine Tham di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. So selepas melihat kondisi anak saya, doktor diagnose anak saya mempunyai penyakit Asthma. Selama beberapa bulan Doktor menasihatkan kami untuk memberi ubat asthma melalui inhaler kanak-kanak (yang jenis muncung panjang tuuu... sorry pic tak de plak) dan beliau berkata penyakit asthma anak saya masih boleh sembuh selagi dia tidak mencecah umar 7 tahun lagi. Seperti yang kita tahu kanak-kanak umur seperti anak saya ini masih dalam proses meningkatkan dan mengadaptasikan imuniti badan dengan penyakit.
Sekiranya cepat kita mencegah penyakit yang datang maka imuniti badan akan menghasilkan antibodi untuk mencegah penyakit dengan cepat dan mereka lebih cepat sembuh berbanding orang dewasa yang telah optimum tahap imuniti dan antibodi badan.
Betul orang tua-tua cakap bukan mudah untuk menjaga anak.. Jika kita mampu menjaga lembu sekandang pun belum tentu kita mampu menjaga anak kita yang 4 orang (ini saya lah.. anak 4 orang).
Kalau tak de cabaran dalam membesarkan anak-anak tak trill kan? Memang kadang-kadang saya stress juga dengan kenakalan dan kerenah budak-budak, tapi itulah memori yang saya ada bersama mereka dalam membesarkan mereka. Kena banyak chill aand enjoy the ride kot.. hihi..
So treatment asthma anak saya yg comel ni, saya dalam proses membantu dia amalkan omega Shaklee. Omega memang bagus untuk pesakit asthma even suami saya pun amalkan omega untuk asthma dia. Omega ni banyak membantu dalam melapangkan saluran pernafasan dan meransang sistem immune. Saya akan update dari semasa ke semasa kesihatan anak saya lepas mengamalkan omega Shaklee ni ye. Doakan anak saya cepat sembut dan bebas dari belenggu Asthma.
Kat bawah ni saya bagikan info tentang Omega Guard dari Shaklee. Kegunaannya bukan untuk asthma je tau ada banyak fungsinya..
Boleh whatsapp / telegram saya di 012-7422756 untuk konsultasi lebih terperinci






